Friday, March 6, 2015

Kunci motor beranak - Lahirlah Kawasaki Z800

Wah!! Sudah lama rupanya tak berkongsi di sini. Setelah hampir 2 tahun menggunakan Kymco Downtown 200i untuk berulang-alik pergi keje, Alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk menambah 1 lagi kunci. Maka lahirlah Kawasaki Z800 berwarna oren.


Secara amnya Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular Kawasaki Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak 50cc. Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan. Bertambah menarik dengan rekaan badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk berbanding model terdahulu iaitu Z750.

Lupakan tentang spesifikasi di atas kertas, yang lebih penting pengalaman mengemudi jentera yang boleh saya katakan sebagai kuda liar ini (maklumlah selama ni bawa skooter je). Saya hanya menunggang jentera Z800 ni sekiranya pergi ke tempat kerja bersendirian atau untuk santai short ride pada hujung minggu. Maklumlah dengan 2 bag laptop dan 1 beg pam susu, di manalah boleh saya letakkan barangan tersebut sekiranya menunggang Z800 ke tempat kerja? Tambahan lagi tempat duduk penunggangnya sangat sporty dan kurang selesa untuk isteri saya.


Saya akan cuba perbanyakkan ride dan tulis pengalaman menunggang jentera Z800 di sini kemudian. Motor dah hampir 6 bulan tapi mileage baru 2000 km lebih. Mungkin selepas projek GST ni selesai saya akan punya lebih masa untuk menunggang pada hujung minggu!!!















Monday, June 10, 2013

Maju Bersama Kymco Downtown 200i

Seperti dijanjikan dalam entry yang lepas, saya akan memberikan review mengenai tunggangan terbaru saya Kymco Downtown 200i. Sedar tak sedar rupanya dah masuk 3 bulan usia Kymco Downtown 200i tu bersama saya berkhidmat sebagai kenderaan untuk pergi balik kerja setiap hari. Isteri saya merupakan orang paling gembira bila saya bertukar kepada Kymco Downtown 200i ni kerana tempat duduk yang jauh lebih selesa berbanding Naza Blade 250 sebelum ini.


KYMCO merupakan pengeluar motosikal dari Taiwan dikatakan merupakan adik beradik kepada SYM yang mana model VTS200 semakin popular di negara kita ni. Mendengarkan jenama KYMCO dan buatan Taiwan, pastinya ramai dikalangan peminat jentera permotoran di negara kita ni berasa "sceptic" dengan kemampuan, apa lagi kualiti buatannya. Ramai yang tidak tahu jenama KYMCO ni merupakan pengeluar scooter yang popular di Eropah dan Amerika. Kualiti dan buatan KYMCO ini mendapat pengiktirafan daripada BMW Motorad sehingga mereka dianugerahkan sebagai vendor pemasangan bagi engine scooter BMW dan dikatakan juga berkerjasama dalam merekabentuk model-model scooter terbaru.

Pengalaman menggunakan SYM VTS 200 sebelum ini telah memperkenalkan saya kepada dunia maxi scooter. Keselesaan dan ruang kargo yang dimiliki spesis motosikal ini tidak tertanding oleh model-model motosikal lain. Berdasarkan review positif mengenai KYMCO Downtown 200i daripada luar negara membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memiliki model ini.


Berkapasiti engine 200cc, KYMCO Downtown 200i meredah perjalanan merentas kotaraya Kuala Lumpur mahupun lebuhraya tanpa sebarang masalah. Setiap sen dilaburkan untuk memiliki model ini berbaloi dengan respon pick up yang baik dan keselesaan tunggangannya. Tempat duduk yang lebar memberi keselesaan kepada penunggang dan apatah lagi penumpang untuk perjalanan dekat mahupun jauh. Tayar belakang selebar 150 jenis soft compund memberikan lebih keyakinan untuk beraksi di selekoh dan memberikan lebih cengkaman menempuh perjalanan dalam hujan.

Ramai juga yang bertanyakan top speed scooter ini. Secara peribadi saya bukanlah jenis kaki "pembesit" dan lebih kepada tunggangan santai. Namun kelajuan paling tinggi pernah saya pulas untuk scooter ini ialah 130km/h di mana meter kelajuannya adalah sama dengan kereta pada kelajuan yang sama. Maklumlah, banyak motosikal kapcai yang mampu dipulas sehingga 160km/h tapi bila bersaing dengan kereta untuk meneliti ketepatan meter kelajuan tersebut, rupanya meter kelajuan kereta hanya menunjukkan 110km/h.

Ruang kargo dibawah tempat duduk mampu menempatkan 2 buah helmet dalam satu masa. Oleh kerana saya memerlukan lebih ruang, saya telah menambahkan top box 45liter jenis GIVI. Buat masa ini top rack untuk model Kymco Downtown 200i ini masih belum dikeluarkan oleh mana-mana syarikat aksesori motosikal di Malaysia. Terima kasih kepada Givi Center Point, Jalan Ipoh, KL kerana sanggup bersusah payah menghasilkan customized top rack untuk scooter saya. Dan yang lebih mengujakan saya hanya perlu membayar RM95 untuk mereka menyiapkan pemasangan rack tersebut. Sungguh berbaloi dengan nilai wang berserta kualiti kerja mereka.



Alhamdulillah selama memiliki jentera ini selama 3 bulan, tidak ada sebarang masalah melanda dari segi komponen elektrikal mahupon mekanikal jenteranya. Service center KYMCO juga terletak di Sungai Way hanya di tepi Federal Highway dan tidak jauh dari kediaman saya. Kos maintenance jentera ini boleh saya katakan lebih tinggi berbanding VTS 200. Penggunaan minyak engine sebanyak 1.5 liter untuk setiap kali servis dan oil filter berharga RM24. Minyak hitam yang recommended oleh service center tersebut merupakan jenis Motull Scooter Fully Synthetic yang berharga RM63 untuk seliter. Namun jika diukur dengan keselesaan menunggang jentera ini berbanding kos meintenance, nyata ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi. Maklumlah, pakai jentera "besar" takkanlah kita nak expect maintenancenya sama dengan kapcai kan?
Sekadar berkongsi pengalaman singkat memiliki jentara ini, sekiranya anda mencari tunggangan maxi scoot pada lingkungan harga RM15k dengan kapasiti engine sederhana Kymco Downtown 200i merupakan model yang patut anda letakkan dalam list untuk consideration. Selamat menunggang dan berhati-hati dijalan raya. Sentiasa ingatkan orang tersayang.

Tuesday, March 19, 2013

Masa untuk melepaskan Naza Blade 250 naked

Rupanya dah lebih setahun dah tak menulis kat sini. Sibuk sangat dengan kerja. Setelah 5 bulan memiliki dan menunggang jentera Naza Blade 250 naked (a.k.a Hyosung GT250), tibalah masa untuk melepaskan jentera kesayangan ini.
Jentera ini saya gunakan untuk ulang alik kerja. Menu perjalanan setiap hari Puchong => Jln Raja Laut, KL => Bukit Jalil => Puchong. Setiap hari bekerja hantar bini dulu ke KL then baru saya pergi kerja di TPM, Bukit Jalil. Sepanjang menunggang jentera ini, performancenya memang tidak menghampakan. Tork untuk memotong memang sangat cukup untuk tunggangan jarak yang sebegini. Handling pon tidaklah terlalu sukar apabila menyelit di celah-celah kereta sewaktu mengharungi jalan jem.
Sedikit penambahan aksesori yang telah saya lakukan ialah dengan memasang top box 52 liter Kappa dan ekzos EJM. Selebihnya motor ni standard saja. Memadailah untuk tunggangan ulang alik kerja. Jarak paling jauh pernah saya menunggang jentera ini hanyalah dengan mendaki Genting Highland hingga ke puncaknya. Secara overallnya bagi saya jentera Naza Blade 250 ni merupakan sebuah jentera yang seronok untuk ditunggang. Kuasa dan handlingnya bagi saya cukup sesuai untuk jentera 250cc.

Atas sebab-sebab tertentu, saya akan bertukar kepada jentera jenis skuter selepas ini. Untuk tunggangan harian ulang-alik kerja dengan membawa anak untuk dihantar ke rumah babysitter dan isteri ke tempat kerja, jentera jenis skuter saya rasakan lebih sesuai. Insyaallah saya akan update pasal tunggangan baru bila sampai waktunya nanti. Nantikan Kymco Downtown 200i di post akan datang.

Tuesday, February 7, 2012

Restoran Cendol Sungai Buluh



Sabtu lepas on the way pergi ziarah nenek saya kat Ijok, sempat la kami singgah kat kedai cendol kegemaran di Sungai Buluh, Kuala Selangor. Restoran Cendol Sungai Buluh nama diberi. Kedainya kecil je dan simple. Dua tiga kali tengok dan fikir, nampak macam bukan kedai pon ade. Tak kisahla, asalkan cendolnye sedap.


Macam biasa, cendol kegemaran kami sekeluarga ialah yang biasa je (basic). Kedai cendol ni memang penuh dengan orang terutamanya weekend di waktu panas terik. Rojaknya pon not bad, kuahnya rasa manis2. Isteri saya suka la kuah manis2 gitu, citarasa orang Kelantan la katakan. Saya prefer yang ade skit pedas. 



Si kecik Lisa ni pon dah jadi hantu cendol. Dia panggil ape-ape je bende dalam cendol tu sebagai "buah". Layan.... hahaha. Berdasarkan survey tak rasmi yang saya lakukan secara rambang kat orang-orang yang saya kenal kat area ni, inilah cendol terbaik yang anda boleh dapati di Kuala Selangor. Senang je nak cari, ia terletak betul2 di pekan Sungai Buluh, deretan kedai bersebelahan dengan Masjid Jamek Sungai Buluh.

Thursday, February 2, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK




Gambar dan panduan yang berikut saya dapat dari Facebook. Gambar kat atas tu memang nampak lawak. Tapi makan dalam woo.. kadang2 kalau geram tu ade gak rasa nak buat gitu. Bukan senang rupanya jadi parent, lagi macam anak saya ni dalam stage dia tengah lasak. Memang menuntur kesabaran yang tinggi. Ape2 pon marilah sama2 kita berazam untuk cuba buat yang terbaik untuk anak2 kita.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri  apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita  mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Tuesday, January 31, 2012

Derma Darah: Pusat Darah Negara

Sepanjang perjalanan menghantar isteri ke pejabat pagi tadi hujan renyai-renyai. Nak tak nak terpaksa la kami mengenakan baju hujan. Lepas turunkan isteri kat office dia, saya rasa macam awal sangat untuk terus ke office. Jadi saya ambik keputusan singgah ke Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak untuk derma darah.



Derma darah ni merupakan aktiviti yang saya dah kurang lakukan sejak duduk di Puchong. Masa bekerja di KL dulu, saya memang rajin pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu untuk derma darah. Tahun lepas pon cuma sekali je saya menderma darah. Harapnya ni permulaan yang baik tahun ni untuk saya menderma lebih kerap. Sampai je di kaunter PDN, prosesnya macam biasa. Isi borang, timbang berat badan, check jenis darah dan tunggu sampai no. giliran dipanggil untuk temuduga dengan doktor.


Since jam ditangan baru menunjukkan jam 9.10 pagi, no. giliran saya 1003. Fuh, orang ketiga menderma darah kat PDN untuk harini. So ditemuduga dengan doktor bertanyakan soalan2 cepu emas sambil tekanan darah diperiksa. Lepas tu terus je ke bilik derma darah yang besar dan sejuk tu. Nasib kurang menyebelahi saya arini sebab nurse yang agak berusia yang uruskan saya. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan siap dalam 15minit. Sister kat PDN tu tanya if saya bersedia untuk derma platlet untuk next donation. Saya okay je, ape yang diorang boleh gune dari badan saya ni sedutlah asal saya tak sakit.


Dan macam biasa juga selepas derma darah ade la skit makanan. First time saya jumpa makanan yang disediakan tu nasi lemak. Boleh tahan gak rasa dia. Entah2 nasi lemak Mak Wanjor Kg Baru tu. Alhamdulillah takde rase pening-pening selepas selesai derma darah. Start enjin Siput Gondang dan terus ke tempat kerje.



Sekiranya berminat untuk mendermakan darah, sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat asas  seperti berikut:  sihat,  berusia antara 18-60 tahun (PDN meletakkan had minima 17 tahun), berat badan melebihi 45kg, tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya, tidak mempunyai sebarang masalah perubatan (masalah jantung, kencing manis dsb),  tidak mengambil sebarang ubat antibiotik, telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah, tidak terlibat dalam kehidupan berisiko tinggi (high risk : homoseks, biseksual, seks rambang, IVDU (intravenous drug users – penagih dadah secara suntikan) ataupun menjadi pasangan kepada golongan-golongan tersebut) dan pendermaan darah terakhir melebih tempoh 3 bulan dahulu (di tempat lain selain PDN) dan 2 bulan (sekiranya di PDN)






Monday, January 30, 2012

Tahniah Farid : MRSM Jasin

Tahniah Farid (adik saya ke-5) berjaya dapat 8A dalam PMR dan transfer ke MRSM Jasin. Mamat ni otak dia lain skit, nampak selamba je tapi dasyat. Saya tumpang bangga je la atas pencapaian dia. Semoga berjaya la untuk SPM akan datang. Nak letak gambar empunya diri pon saya takde simpan dalam laptop ni.

Ape2 pon, selama saya belajar dari kecik sampai ke tua ni pengalaman belajar kat MRSM merupakan sesuatu yang sangat segar dalam hati walaupon dah lebih 10 tahun berlalu. Maklumlah, kat situ masa dihabiskan meniti zaman remaja. Insyaallah, lain kali if ade kelapangan kita borak2 pasal pengalaman kat MRSM Kuala Terengganu masa muda2 dulu.