KYMCO merupakan pengeluar motosikal dari Taiwan dikatakan merupakan adik beradik kepada SYM yang mana model VTS200 semakin popular di negara kita ni. Mendengarkan jenama KYMCO dan buatan Taiwan, pastinya ramai dikalangan peminat jentera permotoran di negara kita ni berasa "sceptic" dengan kemampuan, apa lagi kualiti buatannya. Ramai yang tidak tahu jenama KYMCO ni merupakan pengeluar scooter yang popular di Eropah dan Amerika. Kualiti dan buatan KYMCO ini mendapat pengiktirafan daripada BMW Motorad sehingga mereka dianugerahkan sebagai vendor pemasangan bagi engine scooter BMW dan dikatakan juga berkerjasama dalam merekabentuk model-model scooter terbaru.
Pengalaman menggunakan SYM VTS 200 sebelum ini telah memperkenalkan saya kepada dunia maxi scooter. Keselesaan dan ruang kargo yang dimiliki spesis motosikal ini tidak tertanding oleh model-model motosikal lain. Berdasarkan review positif mengenai KYMCO Downtown 200i daripada luar negara membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memiliki model ini.
Berkapasiti engine 200cc, KYMCO Downtown 200i meredah perjalanan merentas kotaraya Kuala Lumpur mahupun lebuhraya tanpa sebarang masalah. Setiap sen dilaburkan untuk memiliki model ini berbaloi dengan respon pick up yang baik dan keselesaan tunggangannya. Tempat duduk yang lebar memberi keselesaan kepada penunggang dan apatah lagi penumpang untuk perjalanan dekat mahupun jauh. Tayar belakang selebar 150 jenis soft compund memberikan lebih keyakinan untuk beraksi di selekoh dan memberikan lebih cengkaman menempuh perjalanan dalam hujan.
Ramai juga yang bertanyakan top speed scooter ini. Secara peribadi saya bukanlah jenis kaki "pembesit" dan lebih kepada tunggangan santai. Namun kelajuan paling tinggi pernah saya pulas untuk scooter ini ialah 130km/h di mana meter kelajuannya adalah sama dengan kereta pada kelajuan yang sama. Maklumlah, banyak motosikal kapcai yang mampu dipulas sehingga 160km/h tapi bila bersaing dengan kereta untuk meneliti ketepatan meter kelajuan tersebut, rupanya meter kelajuan kereta hanya menunjukkan 110km/h.
Ruang kargo dibawah tempat duduk mampu menempatkan 2 buah helmet dalam satu masa. Oleh kerana saya memerlukan lebih ruang, saya telah menambahkan top box 45liter jenis GIVI. Buat masa ini top rack untuk model Kymco Downtown 200i ini masih belum dikeluarkan oleh mana-mana syarikat aksesori motosikal di Malaysia. Terima kasih kepada Givi Center Point, Jalan Ipoh, KL kerana sanggup bersusah payah menghasilkan customized top rack untuk scooter saya. Dan yang lebih mengujakan saya hanya perlu membayar RM95 untuk mereka menyiapkan pemasangan rack tersebut. Sungguh berbaloi dengan nilai wang berserta kualiti kerja mereka.
Alhamdulillah selama memiliki jentera ini selama 3 bulan, tidak ada sebarang masalah melanda dari segi komponen elektrikal mahupon mekanikal jenteranya. Service center KYMCO juga terletak di Sungai Way hanya di tepi Federal Highway dan tidak jauh dari kediaman saya. Kos maintenance jentera ini boleh saya katakan lebih tinggi berbanding VTS 200. Penggunaan minyak engine sebanyak 1.5 liter untuk setiap kali servis dan oil filter berharga RM24. Minyak hitam yang recommended oleh service center tersebut merupakan jenis Motull Scooter Fully Synthetic yang berharga RM63 untuk seliter. Namun jika diukur dengan keselesaan menunggang jentera ini berbanding kos meintenance, nyata ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi. Maklumlah, pakai jentera "besar" takkanlah kita nak expect maintenancenya sama dengan kapcai kan?
Sekadar berkongsi pengalaman singkat memiliki jentara ini, sekiranya anda mencari tunggangan maxi scoot pada lingkungan harga RM15k dengan kapasiti engine sederhana Kymco Downtown 200i merupakan model yang patut anda letakkan dalam list untuk consideration. Selamat menunggang dan berhati-hati dijalan raya. Sentiasa ingatkan orang tersayang.
Salam Bro. Mcm nmpk kat bazaar USJ 4 petang tadi. Tak tau lak Bro Syazril ker tau org lain tapi nmpk Kymco DT tadi. Sempat saya dok ushar2 motor tu,mcm best jer. Tgh dilema nak tangkap Sym maxsym 400,evo 250i atau ni....
ReplyDeleteSalam Bro Dandee Dusa. hehe... bukan saya tu. biasa tak merayau sampai ke sana naik moto pada hari kerja. orang lain kot tu. terima kasih singgah yea.
DeleteSalam Bro. Survey punyalah survey akhirnya tangkap gak downtown ni. InsyaAllah Jumaat ni dah boleh dpt motor. Memandangkan I ni newbie,mesti byk soalan pasai motor ni. Bro ada email address atau contact number? Boleh gak ajak mengopi tunjuk ajar ku sifu nanti. Email I : dandeedusa@gmail.com
ReplyDeleteTq bro dandee dusa. saya dah email and add bro dlm gtalk. trma kasih.
ReplyDeletebro...bpe harga belting downtown? kat mana bole dpt?
ReplyDeletesaya tak pasti berapa rege belt kymco downtown ni. yg pastinye regenya lebih dr rm100 sbb rege belt utk VTS200 pon dah mencecah RM100. spare part available kat MBB dekat2 dgn NanYang SIang Pau tepi federal hiway tu.
Deleteassalam,salam perkenalan bro, boleh nak tanya, sebenarnya saya ada merancang nak sambar satu scooter ni. samada kymco downtown ni vs sym evo 250i. harga lebih kurang jek. ada pendapat kenapa switch dari gts ke downtown ni?
ReplyDeletecikgu-ejat,
Deletepersonally saya suka design terbaru sym evo 250i tu. sangat cun2 dgn sport rim hitam yg totally fresh design. SYM servis center ade kat segambut, so ape jenis masalah pon senang je nak refer. nak compare dgn vts200, mmg byk beza. tp if encik ade bajet, jgn segan silu utk terus sambar sym evo 250i. pastikan model yg terbaru.
https://m.facebook.com/profile.php?id=532769140137271 utk ronda KL adalah terbaik..
ReplyDeleteSalam bro. Antara VTS200 dgn Honda PCX yg mana bro prefer? Sy cdg nak ambil Honda walau 150 cc tapi weightnya sama dgn SYM200
ReplyDeleteAs salam En Abd Azis. Minta maaf lambat response. Jarang2 buka blog sendiri sebab kesibukkan kerje. Pada pendapat saya secara peribadinya, VTS200 dan PCX walaupon sama2 scooter tapi berada dalam kelas yg berbeza. Honda merupakan jenama yang dah terbukti ketahanannnya dengan bermacam2 model yg ade di atas jalan raya negara kita. SYM, walaupon jenama baru tetapi kita dapat lihat banyak model VTS200 menjalar di jalan raya. Pada harga yg hampir sama, mungkin tuan boleh pertimbangkan mengikut keperluan tunggangan tuan. VTS200 merupakan maxiscoot yg selesa untuk tunggangan jarak jauh/sederhana dan PCX mungkin lebih praktikal untuk mengharungi kesesakan jalan raya dengan saiznya yang lebih ramping. Mohon tunjuk ajar sekiranya ade kekurangan.
DeleteSalam Syazril, thanks for the good first 3 months review. Saya baru nampak motor ni kat bawah area office, tapi tau siapa owner, memang well design nampaknya. So since you dah beli, nak jugak tau harga OTR for Downtown 200i ni, dan kalau tak keberatan boleh email pada saya di asrulhisyam@gmail.com, thanks bro!
ReplyDeleteSalam En Synovates. Saya dah reply ke email encik. Harap sedikit sebanyak dapat membantu yea.
DeleteAssalam..saya tgh tgu loan aprove je ni..x sabar rsa nk 1st time ride dgn moto scooter ni..kymco downtown mmg trbaik..
ReplyDeleteSalam bro, boleh kongsi pengalaman tuan selepas angkat kymco downtown. Dari segi spare part, service dan sebagainya.
DeleteWaalaikumsalam. Tahniah En Dzul Aziz. Selamat menunggang dan selalu berhati2 di jalan raya yea.
ReplyDeleteSlm bro. Tq atas semua mklmt di atas. Saya brcdng nak sambar kymco 200 ni...ini pngalamn prtama...sbb sblm ni byk guna keta n naked. Boleh x saudara beri apa perbezaan antara sym 200 dan kymco 200 dlm handling, servis, kos mantainance, top speed, dll. Brp harga kymco 200...ada x sajest mana2 kedai yg menawarkan pmbelian trbaik
ReplyDeleteSalam Bro, Saya baru angkat Downtown ni dan plan nak instal Box. Kat mana angkat box tu & berapa kena charge?
ReplyDeleteRack dan box tu saya beli di Givi Center, Jln Ipoh, KL. Rack tu customized dan regenya rm90 je. harga box 45L tu plak saya tak ingat berapa. if tuan berhajat nak pasang rack, mereka prefer utk buat on weekday sbb kerje tu mengambil masa beberapa jam. harap info ni sedikit sebanyak membantu.
DeleteSalam bro. Terima kasih for info. Next week plan nak pasang. Rasanya 45L dlm RM400.
DeleteSalambro Syazli, saya percaya bro sudah memakai DT lebih drpd setahun. Boleh kongsi pengalaman n cabaran jaga/maintain scooter ni? Saya ada plan nak angkat KXCT
ReplyDeleteSalam tuan. Maaf lambat bebeno reply. Aalhamdulillah nak masuk 2 tahun pakai. Tak pernah ade lagi masalah. Hanya servis dan tukar wear n tear parts. Cuma sebab KDT ni tak ramai org pakai, spare partnye harga agak mahal skit. Tapi since saya dok kat lembah klang, takde masalah nak cari parts sbb boleh pegi beli kat service center dan buat kat woksyop yg saya prefer.
DeleteDan yg agak menarik, dekat 2 tahun pakai ni bateri belum pernah kong lagi. Harapnye berterusan la untuk beberapa lama lagi. So far mmg reliable berbanding dengan SYM VTS200i yg pernah saya pakai sebelum ni.
salam Bro..saya dok usha DT at SYM, kalau ada member nak lepas murah murah tolong info,...t,k
ReplyDeleteSalam, saya commute dari Kluang ke JB, it takes 2 hours one way la, lebih kurang 120 km gitu, agak2 200i ni sesuai tak tuan? saya tgh usha scooter jenis ni
ReplyDeleteSalam tuan. KDT memang sesuai untuk long distance. Badan tak penat sbb riding position yg selesa dan windsheild yg tinggi.
DeleteSalam bro. Review yang mantap. Nak tanya KDT 200i vs Sym VTS 200, yang mana legroom lebih besar and seat height yang lebih tinggi? Fuel Consumption pulak bagaimana, agak2 berapa km / liter?
ReplyDeleteTerima kasih.
Salam Bro Manusia Halimunan. VTS punye leg room ade sedikit besar compare to KDT dan seat height plak lebih kurang sama je kedua2nya. Walaupon KDT menggunakan FI system, saya rasa fuel consumption antara kedua2 model ni lebih kurang saja. Cuma kelebihan KDT, FI ni membantu memberi pick up dan kuasa yang lebih untuk jentera yang bagi saya agak besar dan gemuk sedikit compare to VTS. Tengok lebar tayar belakang KDT dan VTS ni pon dah banyak gak bezanya.
DeleteSalam. Thank you for the quick reply bro. Sekarang tengah usha kedua-dua scoot ni. Masalah saya ketinggian yg bukan kebiasaan org Asia (lebih 6 kaki). Nak beli BMW or Versys duit pulak tak de :-) .
DeletePernah duduk atas K-XCT 300, masih janggal tapi rasanya manageable. K-XCT 300 sama size tak dengan KDT 200?
Terima kasih
Wsalam. Kebetulan agak free beberapa hari ni. Dapat la merespon dengan pantas. Macam tak percaya tapi bila saya tgk dan duduk atas K-XCT 300, terasa saiznya sedikit lebih kecil dan pendek berbading KDT 200. Bab seat height tu saya rasa most scooter model pon lebih kurang saje tingginye. Mungkin bila dah ride lama skit dapat membiasakan diri untuk handle jentera tersebut dengan konfiden dan lebih baik ^^.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMaaf bro, tetiba computer gila, jadi byk pulak comment saya yg sama keluar. Saya dah delete.
DeleteAnyways, TERIMA KASIH banyak untuk semua info. Amat berguna. Rasanya memang nak angkat KDT 200 ni. InsyaAllah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSaya bercadang nak beli maxi scooter ni. Cari2 preview tentang maxi scooter ni. So, just nak tanya pendapat tuan comparison between kymco downtown 200 vs vts200 vs evo250i vs kymco xct-300 (practikaliti, performance, keselesaan dan fuel consumtion). Kalau tuan nak email saya pon boleh aje. Actually sy nak gunakan utk ulang alik kerja yang lebih kurang jaraknya 40km sehala.
Salam tuan,
Deleteterima kasih sudi menjengok. Tak berani saya nak komen pasal model yg saya tak pernah guna. Tapi if utk vts200 dan downtown200 tuan boleh refer kepada reply saya kat pertanyaan dari tuan2 yg lain di atas. If tuan ade pertanyaan lanjut boleh add saya kat hangout or gtalk - wls418@gmail.com. Insyaallah saya reply since tak berapa busy beberapa hari ni. terima kasih.
As'kum,
ReplyDeleteEn Syazril, tkasih sbb beri pencerahan dlm blog tuan.Sy sbnarnya sedang membuat pertimbangan samada nk beli Pcx150 atau Kymco ni.Kebetulan sy terjumpa blog tuan.Kemudian sy buat carian ttg Kymco ni..hebat sbb product dia ada kat bnyk negara juga.Boleh tuan whtsapp sy no tuan? Sy nk tanya dgn lebih lanjut.Tkasih, Ibnu Ahmad (019 3213656)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTuan,
mohon pandangan samada SYM Evo 250i atau Kymco Downtown 200i.
masih buntu nak memilih. Sekarang muncul Daelim RV250 pulak.
terima kasih.
nazree.nasa@gmail.com
salam, motor ni klau minyak fulltank bpa kmh boleh pegi?
ReplyDeletesalam, motor ni klau minyak fulltank bpa kmh boleh pegi?
ReplyDeleteassalamualaikum.... info yang anda beri memang berguna... memang bercita nak beli maxi scooter utk travel kerja 100km ulang alik sehari....cuma konfius antara sym 250i @ DT200... ada yg nak jual second 13k 250i milage 34k..... siap box belakang... berbaloikah..atau patut beli baru sahaja
ReplyDeletesalam, kat mana kedai motor yg bole bagi cdt card ezpayment 0 interest ni. so far x jumpa pun. kalau ada pun dia suruh mintak surat dari bank sebelum swipe. call bank pulak diorng ckp..diorng x penah kuarkan surat ape2...haru betul..baru plan nk sambar vts200, Nmax pulak dah kuar...hmm dugaan betul..huhu
ReplyDeleteAssalam En.Syazril, saya baru usha sebuah MaxiScoot Kymco DT 200i. mungkin saudara punya agaknya... MBM 4***. saya ingin memilikinya cuma saya nak tahu kondisinya sebelum saya memilikinya. mohon tuan dpt email pada saya no.phone tuan utk pertanyaan ttg motor ini. address email saya eizadt@gmail.com Terima kasih tuan
ReplyDeleteAssalam En.Syazril, saya baru usha sebuah MaxiScoot Kymco DT 200i. mungkin saudara punya agaknya... MBM 4***. saya ingin memilikinya cuma saya nak tahu kondisinya sebelum saya memilikinya. mohon tuan dpt email pada saya no.phone tuan utk pertanyaan ttg motor ini. address email saya eizadt@gmail.com Terima kasih tuan
ReplyDeleteI own a Downtown 200i but my top is like 120kmh and it won't go up anymore. I'm still running in the scoot. Any advice in it? Hope to hear more from you guys
ReplyDelete