Secara amnya Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular
Kawasaki Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak
50cc. Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum
113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya
digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan. Bertambah menarik dengan rekaan
badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk berbanding model terdahulu iaitu
Z750.
Lupakan tentang spesifikasi di atas kertas, yang lebih penting pengalaman mengemudi jentera yang boleh saya katakan sebagai kuda liar ini (maklumlah selama ni bawa skooter je). Saya hanya menunggang jentera Z800 ni sekiranya pergi ke tempat kerja bersendirian atau untuk santai short ride pada hujung minggu. Maklumlah dengan 2 bag laptop dan 1 beg pam susu, di manalah boleh saya letakkan barangan tersebut sekiranya menunggang Z800 ke tempat kerja? Tambahan lagi tempat duduk penunggangnya sangat sporty dan kurang selesa untuk isteri saya.
Saya akan cuba perbanyakkan ride dan tulis pengalaman menunggang jentera Z800 di sini kemudian. Motor dah hampir 6 bulan tapi mileage baru 2000 km lebih. Mungkin selepas projek GST ni selesai saya akan punya lebih masa untuk menunggang pada hujung minggu!!!
No comments:
Post a Comment