Rupanya dah lebih setahun dah tak menulis kat sini. Sibuk sangat dengan kerja. Setelah 5 bulan memiliki dan menunggang jentera Naza Blade 250 naked (a.k.a Hyosung GT250), tibalah masa untuk melepaskan jentera kesayangan ini.
Jentera ini saya gunakan untuk ulang alik kerja. Menu perjalanan setiap hari Puchong => Jln Raja Laut, KL => Bukit Jalil => Puchong. Setiap hari bekerja hantar bini dulu ke KL then baru saya pergi kerja di TPM, Bukit Jalil. Sepanjang menunggang jentera ini, performancenya memang tidak menghampakan. Tork untuk memotong memang sangat cukup untuk tunggangan jarak yang sebegini. Handling pon tidaklah terlalu sukar apabila menyelit di celah-celah kereta sewaktu mengharungi jalan jem.
Sedikit penambahan aksesori yang telah saya lakukan ialah dengan memasang top box 52 liter Kappa dan ekzos EJM. Selebihnya motor ni standard saja. Memadailah untuk tunggangan ulang alik kerja. Jarak paling jauh pernah saya menunggang jentera ini hanyalah dengan mendaki Genting Highland hingga ke puncaknya. Secara overallnya bagi saya jentera Naza Blade 250 ni merupakan sebuah jentera yang seronok untuk ditunggang. Kuasa dan handlingnya bagi saya cukup sesuai untuk jentera 250cc.
Atas sebab-sebab tertentu, saya akan bertukar kepada jentera jenis skuter selepas ini. Untuk tunggangan harian ulang-alik kerja dengan membawa anak untuk dihantar ke rumah babysitter dan isteri ke tempat kerja, jentera jenis skuter saya rasakan lebih sesuai. Insyaallah saya akan update pasal tunggangan baru bila sampai waktunya nanti. Nantikan Kymco Downtown 200i di post akan datang.
dah ada org nak beli moto tu? brape eh psg top box tu?
ReplyDeletemotor trade in kat kedai 3 bulan lepas. tak pasti samada motor tu masih kt kedai atau dah ade owner baru. top bpx rack tu buat customized kat Givi Center Point, Jln Ipoh, KL. tak silap kos utk buat rack tu dlm rm150 kot. kotak mmg dah ade. so pegi Givi tu utk buat rack saje.
ReplyDeleteCadang nak beli versi Naza blade naked se ni....
ReplyDelete1. Minyak jimat tak, penuh berapa km boleh pergi
2. Servis bulanan mahal x
3.tip speed berapa km/j