Tuesday, January 31, 2012

Derma Darah: Pusat Darah Negara

Sepanjang perjalanan menghantar isteri ke pejabat pagi tadi hujan renyai-renyai. Nak tak nak terpaksa la kami mengenakan baju hujan. Lepas turunkan isteri kat office dia, saya rasa macam awal sangat untuk terus ke office. Jadi saya ambik keputusan singgah ke Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak untuk derma darah.



Derma darah ni merupakan aktiviti yang saya dah kurang lakukan sejak duduk di Puchong. Masa bekerja di KL dulu, saya memang rajin pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu untuk derma darah. Tahun lepas pon cuma sekali je saya menderma darah. Harapnya ni permulaan yang baik tahun ni untuk saya menderma lebih kerap. Sampai je di kaunter PDN, prosesnya macam biasa. Isi borang, timbang berat badan, check jenis darah dan tunggu sampai no. giliran dipanggil untuk temuduga dengan doktor.


Since jam ditangan baru menunjukkan jam 9.10 pagi, no. giliran saya 1003. Fuh, orang ketiga menderma darah kat PDN untuk harini. So ditemuduga dengan doktor bertanyakan soalan2 cepu emas sambil tekanan darah diperiksa. Lepas tu terus je ke bilik derma darah yang besar dan sejuk tu. Nasib kurang menyebelahi saya arini sebab nurse yang agak berusia yang uruskan saya. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan siap dalam 15minit. Sister kat PDN tu tanya if saya bersedia untuk derma platlet untuk next donation. Saya okay je, ape yang diorang boleh gune dari badan saya ni sedutlah asal saya tak sakit.


Dan macam biasa juga selepas derma darah ade la skit makanan. First time saya jumpa makanan yang disediakan tu nasi lemak. Boleh tahan gak rasa dia. Entah2 nasi lemak Mak Wanjor Kg Baru tu. Alhamdulillah takde rase pening-pening selepas selesai derma darah. Start enjin Siput Gondang dan terus ke tempat kerje.



Sekiranya berminat untuk mendermakan darah, sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat asas  seperti berikut:  sihat,  berusia antara 18-60 tahun (PDN meletakkan had minima 17 tahun), berat badan melebihi 45kg, tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya, tidak mempunyai sebarang masalah perubatan (masalah jantung, kencing manis dsb),  tidak mengambil sebarang ubat antibiotik, telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah, tidak terlibat dalam kehidupan berisiko tinggi (high risk : homoseks, biseksual, seks rambang, IVDU (intravenous drug users – penagih dadah secara suntikan) ataupun menjadi pasangan kepada golongan-golongan tersebut) dan pendermaan darah terakhir melebih tempoh 3 bulan dahulu (di tempat lain selain PDN) dan 2 bulan (sekiranya di PDN)






No comments:

Post a Comment