KYMCO merupakan pengeluar motosikal dari Taiwan dikatakan merupakan adik beradik kepada SYM yang mana model VTS200 semakin popular di negara kita ni. Mendengarkan jenama KYMCO dan buatan Taiwan, pastinya ramai dikalangan peminat jentera permotoran di negara kita ni berasa "sceptic" dengan kemampuan, apa lagi kualiti buatannya. Ramai yang tidak tahu jenama KYMCO ni merupakan pengeluar scooter yang popular di Eropah dan Amerika. Kualiti dan buatan KYMCO ini mendapat pengiktirafan daripada BMW Motorad sehingga mereka dianugerahkan sebagai vendor pemasangan bagi engine scooter BMW dan dikatakan juga berkerjasama dalam merekabentuk model-model scooter terbaru.
Pengalaman menggunakan SYM VTS 200 sebelum ini telah memperkenalkan saya kepada dunia maxi scooter. Keselesaan dan ruang kargo yang dimiliki spesis motosikal ini tidak tertanding oleh model-model motosikal lain. Berdasarkan review positif mengenai KYMCO Downtown 200i daripada luar negara membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memiliki model ini.
Berkapasiti engine 200cc, KYMCO Downtown 200i meredah perjalanan merentas kotaraya Kuala Lumpur mahupun lebuhraya tanpa sebarang masalah. Setiap sen dilaburkan untuk memiliki model ini berbaloi dengan respon pick up yang baik dan keselesaan tunggangannya. Tempat duduk yang lebar memberi keselesaan kepada penunggang dan apatah lagi penumpang untuk perjalanan dekat mahupun jauh. Tayar belakang selebar 150 jenis soft compund memberikan lebih keyakinan untuk beraksi di selekoh dan memberikan lebih cengkaman menempuh perjalanan dalam hujan.
Ramai juga yang bertanyakan top speed scooter ini. Secara peribadi saya bukanlah jenis kaki "pembesit" dan lebih kepada tunggangan santai. Namun kelajuan paling tinggi pernah saya pulas untuk scooter ini ialah 130km/h di mana meter kelajuannya adalah sama dengan kereta pada kelajuan yang sama. Maklumlah, banyak motosikal kapcai yang mampu dipulas sehingga 160km/h tapi bila bersaing dengan kereta untuk meneliti ketepatan meter kelajuan tersebut, rupanya meter kelajuan kereta hanya menunjukkan 110km/h.
Ruang kargo dibawah tempat duduk mampu menempatkan 2 buah helmet dalam satu masa. Oleh kerana saya memerlukan lebih ruang, saya telah menambahkan top box 45liter jenis GIVI. Buat masa ini top rack untuk model Kymco Downtown 200i ini masih belum dikeluarkan oleh mana-mana syarikat aksesori motosikal di Malaysia. Terima kasih kepada Givi Center Point, Jalan Ipoh, KL kerana sanggup bersusah payah menghasilkan customized top rack untuk scooter saya. Dan yang lebih mengujakan saya hanya perlu membayar RM95 untuk mereka menyiapkan pemasangan rack tersebut. Sungguh berbaloi dengan nilai wang berserta kualiti kerja mereka.
Alhamdulillah selama memiliki jentera ini selama 3 bulan, tidak ada sebarang masalah melanda dari segi komponen elektrikal mahupon mekanikal jenteranya. Service center KYMCO juga terletak di Sungai Way hanya di tepi Federal Highway dan tidak jauh dari kediaman saya. Kos maintenance jentera ini boleh saya katakan lebih tinggi berbanding VTS 200. Penggunaan minyak engine sebanyak 1.5 liter untuk setiap kali servis dan oil filter berharga RM24. Minyak hitam yang recommended oleh service center tersebut merupakan jenis Motull Scooter Fully Synthetic yang berharga RM63 untuk seliter. Namun jika diukur dengan keselesaan menunggang jentera ini berbanding kos meintenance, nyata ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi. Maklumlah, pakai jentera "besar" takkanlah kita nak expect maintenancenya sama dengan kapcai kan?
Sekadar berkongsi pengalaman singkat memiliki jentara ini, sekiranya anda mencari tunggangan maxi scoot pada lingkungan harga RM15k dengan kapasiti engine sederhana Kymco Downtown 200i merupakan model yang patut anda letakkan dalam list untuk consideration. Selamat menunggang dan berhati-hati dijalan raya. Sentiasa ingatkan orang tersayang.