Friday, March 6, 2015

Kunci motor beranak - Lahirlah Kawasaki Z800

Wah!! Sudah lama rupanya tak berkongsi di sini. Setelah hampir 2 tahun menggunakan Kymco Downtown 200i untuk berulang-alik pergi keje, Alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk menambah 1 lagi kunci. Maka lahirlah Kawasaki Z800 berwarna oren.


Secara amnya Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular Kawasaki Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak 50cc. Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan. Bertambah menarik dengan rekaan badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk berbanding model terdahulu iaitu Z750.

Lupakan tentang spesifikasi di atas kertas, yang lebih penting pengalaman mengemudi jentera yang boleh saya katakan sebagai kuda liar ini (maklumlah selama ni bawa skooter je). Saya hanya menunggang jentera Z800 ni sekiranya pergi ke tempat kerja bersendirian atau untuk santai short ride pada hujung minggu. Maklumlah dengan 2 bag laptop dan 1 beg pam susu, di manalah boleh saya letakkan barangan tersebut sekiranya menunggang Z800 ke tempat kerja? Tambahan lagi tempat duduk penunggangnya sangat sporty dan kurang selesa untuk isteri saya.


Saya akan cuba perbanyakkan ride dan tulis pengalaman menunggang jentera Z800 di sini kemudian. Motor dah hampir 6 bulan tapi mileage baru 2000 km lebih. Mungkin selepas projek GST ni selesai saya akan punya lebih masa untuk menunggang pada hujung minggu!!!