Tuesday, February 7, 2012

Restoran Cendol Sungai Buluh



Sabtu lepas on the way pergi ziarah nenek saya kat Ijok, sempat la kami singgah kat kedai cendol kegemaran di Sungai Buluh, Kuala Selangor. Restoran Cendol Sungai Buluh nama diberi. Kedainya kecil je dan simple. Dua tiga kali tengok dan fikir, nampak macam bukan kedai pon ade. Tak kisahla, asalkan cendolnye sedap.


Macam biasa, cendol kegemaran kami sekeluarga ialah yang biasa je (basic). Kedai cendol ni memang penuh dengan orang terutamanya weekend di waktu panas terik. Rojaknya pon not bad, kuahnya rasa manis2. Isteri saya suka la kuah manis2 gitu, citarasa orang Kelantan la katakan. Saya prefer yang ade skit pedas. 



Si kecik Lisa ni pon dah jadi hantu cendol. Dia panggil ape-ape je bende dalam cendol tu sebagai "buah". Layan.... hahaha. Berdasarkan survey tak rasmi yang saya lakukan secara rambang kat orang-orang yang saya kenal kat area ni, inilah cendol terbaik yang anda boleh dapati di Kuala Selangor. Senang je nak cari, ia terletak betul2 di pekan Sungai Buluh, deretan kedai bersebelahan dengan Masjid Jamek Sungai Buluh.

Thursday, February 2, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK




Gambar dan panduan yang berikut saya dapat dari Facebook. Gambar kat atas tu memang nampak lawak. Tapi makan dalam woo.. kadang2 kalau geram tu ade gak rasa nak buat gitu. Bukan senang rupanya jadi parent, lagi macam anak saya ni dalam stage dia tengah lasak. Memang menuntur kesabaran yang tinggi. Ape2 pon marilah sama2 kita berazam untuk cuba buat yang terbaik untuk anak2 kita.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri  apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita  mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Tuesday, January 31, 2012

Derma Darah: Pusat Darah Negara

Sepanjang perjalanan menghantar isteri ke pejabat pagi tadi hujan renyai-renyai. Nak tak nak terpaksa la kami mengenakan baju hujan. Lepas turunkan isteri kat office dia, saya rasa macam awal sangat untuk terus ke office. Jadi saya ambik keputusan singgah ke Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak untuk derma darah.



Derma darah ni merupakan aktiviti yang saya dah kurang lakukan sejak duduk di Puchong. Masa bekerja di KL dulu, saya memang rajin pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu untuk derma darah. Tahun lepas pon cuma sekali je saya menderma darah. Harapnya ni permulaan yang baik tahun ni untuk saya menderma lebih kerap. Sampai je di kaunter PDN, prosesnya macam biasa. Isi borang, timbang berat badan, check jenis darah dan tunggu sampai no. giliran dipanggil untuk temuduga dengan doktor.


Since jam ditangan baru menunjukkan jam 9.10 pagi, no. giliran saya 1003. Fuh, orang ketiga menderma darah kat PDN untuk harini. So ditemuduga dengan doktor bertanyakan soalan2 cepu emas sambil tekanan darah diperiksa. Lepas tu terus je ke bilik derma darah yang besar dan sejuk tu. Nasib kurang menyebelahi saya arini sebab nurse yang agak berusia yang uruskan saya. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan siap dalam 15minit. Sister kat PDN tu tanya if saya bersedia untuk derma platlet untuk next donation. Saya okay je, ape yang diorang boleh gune dari badan saya ni sedutlah asal saya tak sakit.


Dan macam biasa juga selepas derma darah ade la skit makanan. First time saya jumpa makanan yang disediakan tu nasi lemak. Boleh tahan gak rasa dia. Entah2 nasi lemak Mak Wanjor Kg Baru tu. Alhamdulillah takde rase pening-pening selepas selesai derma darah. Start enjin Siput Gondang dan terus ke tempat kerje.



Sekiranya berminat untuk mendermakan darah, sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat asas  seperti berikut:  sihat,  berusia antara 18-60 tahun (PDN meletakkan had minima 17 tahun), berat badan melebihi 45kg, tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya, tidak mempunyai sebarang masalah perubatan (masalah jantung, kencing manis dsb),  tidak mengambil sebarang ubat antibiotik, telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah, tidak terlibat dalam kehidupan berisiko tinggi (high risk : homoseks, biseksual, seks rambang, IVDU (intravenous drug users – penagih dadah secara suntikan) ataupun menjadi pasangan kepada golongan-golongan tersebut) dan pendermaan darah terakhir melebih tempoh 3 bulan dahulu (di tempat lain selain PDN) dan 2 bulan (sekiranya di PDN)






Monday, January 30, 2012

Tahniah Farid : MRSM Jasin

Tahniah Farid (adik saya ke-5) berjaya dapat 8A dalam PMR dan transfer ke MRSM Jasin. Mamat ni otak dia lain skit, nampak selamba je tapi dasyat. Saya tumpang bangga je la atas pencapaian dia. Semoga berjaya la untuk SPM akan datang. Nak letak gambar empunya diri pon saya takde simpan dalam laptop ni.

Ape2 pon, selama saya belajar dari kecik sampai ke tua ni pengalaman belajar kat MRSM merupakan sesuatu yang sangat segar dalam hati walaupon dah lebih 10 tahun berlalu. Maklumlah, kat situ masa dihabiskan meniti zaman remaja. Insyaallah, lain kali if ade kelapangan kita borak2 pasal pengalaman kat MRSM Kuala Terengganu masa muda2 dulu.

Mendaki Genting Highland Menaiki Siput Gondang

Saya memang gemar menunggang motosikal sejak dari kecil lagi. Walaupon motosikal yang saya miliki sekarang ni hanyalah jenis scooter, namun inilah motosikal yang paling selesa dan "best" pernah saya miliki. Setelah berbagai halangan ditempuhi dari kuasa alam (hujan) dan "permit" dari isteri, akhirnya berjaya la juga saya menyertai Free Riders group (geng2 yang pakai SYM VTS200 juga) memanjat Genting Highland.

Berkumpul kat BHP gombak sementara menanti tayar golek jam 10mlm

Seperti dirancang, pada 27 Jan 2012 tepat jam 9.30mlm kami berkumpul di BHP station selepas tol Gombak. Sesampainya di sana, majoriti peserta dah berkumpul sambil menunggu ketibaan rakan2 yang lain dan mengisi minyak. Since ramai geng2 yang baru dan ini juga ialah 1st ride saya bersama mereka, saya ambil peluang untuk berkenalan dengan mereka yang pertama kali saya jumpa. Alhamdulillah semuanya ramah dan gembira je malam tu.

Siap ade peserta mat saleh join, tapi diorang naik superbike

Setelah hampir 30minit menunggu, kami berjaya mengumpulkan 16 buah VTS bersama 2 buah ER6N dan KLR650 untuk bersama mendaki. Siap ade mat saleh join lagi. Mat saleh 3 orang ni kawan kepada salah seorang geng VTS kami, tapi diorang naik ER6N. Kami salam2 dgn mat saleh ni dan pakat2 untuk jumpa kat puncak terus. Maklumlah, ER6N letih la nak panjat Genting dengan geng2 siput gondang ni kan.

Bergambar sejurus tiba di puncak Gentign Highland

Pendakian dgn VTS 200 menuju puncak Genting Highland memang tidak menghampakan. Saya pon personally 1st time naik Genting menunggang motosikal. Dari BHP station menuju ke exit Genting Highland kami masih berkonvoi dgn purata kelajuan 90km/h. Bila mula mendaki, kami ambik keputusan untuk free ride bagi memudahkan setiap peserta menunggang ikut selera masing. Memang mengujakan bila melayan setiap selekoh menuju puncak. Siput Gondang tunggangan saya memang tidak menghampakan. Setiap selekoh berjaya ditangani dengan style ala menunggang superbike dan setiap curam berjaya didaki dengan penuh bergaya. Akhirnya, lebih kurang 1 jam selepas bertolak dari BHP station kami tiba di puncak Genting Highland. Since ramai dari perserta menunggang moto yang baru keluar kedai, setibanya dipuncak masing2 melayan bau hangit dari enjin. Biasa la, moto baru nak pecah dara orang kata.

Antara 16 buah SYM VTS200 yang berjaya menawan Genting Highland

Walaupun menunggang lengkap dengan riding jacket dan glove, kesejukan pada malam tu betul2 menggigit sampai ke tulang. Fuh, memang sejuk macam winter kat oversea!!! Ini lah pengalaman paling sejuk pernah saya rasa selama pergi Genting Highland seumur hidup.Menggigil beb!! Tapi kesejukan tu dapat lah di atasi dengan hati yg berbunga bila ramai orang kat situ dok tengok2 dan tunjuk2 motor kami. Hehe.. rasa macam bagus la sekejap. Maklumlah, setakat scooter ni mungkin orang hairan skit bila memanjat Genting Highland. Kalau superbike tu mungkin orang tak hairan.

Lepak borak-borak kat kedai mamak "budget"

Tak mununggu lama, kami terus pegi melepak kat kedai mamak. Saya pon tak tahu wujudnya kedai mamak yg boleh dikatakan "budget" kat atas puncak ni. Ramai yg melepak kat situ pon mereka yang berkerja kat Genting Highland ni. Even takde la murah pon, tapi kopi panas cawan besar berharga RM2.50 agak acceptable. Kalau pergi restoran lain, confirm RM5 ke atas. Seronok dapat berkenalan dengan perserta lain sambil berborak bertukar2 cerita. Tepat jam 12.30am, kami buat keputusan untuk turun. Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah jam 2.20am. Isteri pon dah lena tido masa tu. Kesian dia kat rumah dengan anak je berdua. 



Friday, January 27, 2012

Sanggupkah Kita Bersusah Payah?


Saya dapat gambar ni dari Facebook yang kawan sharekan. Menarik kan? Dan penuh bermakna. Rasanya kat Malaysia ni, kalau la public transport system kita efisyen dan menyeluruh ramai je rakyat Malaysia yang sanggup dan lebih selesa nak menggunakannya. Tapi hakikatnya apa yang ada buat masa ni terutamanya di Lembah Klang masih di takuk lama.

Seoul Metropolitan Subway Map

Kadang-kadang tu bila tersangkut dalam kesesakan jalan raya, teringat plak betapa convenience nak bergerak kehulu ke hilir masa duduk Seoul dulu. Hampir semua tempat kat Seoul boleh dihubungi dengan subway. Bas pun sangat la banyak kalau kita nak sambung perjalanan ke suatu destinasi tu lepas turun dari subway. Dan zaman saya kat sana dulu (6 tahun lepas), sekiranya kita menaiki subway menggunakan Transport Card (macam Touch"n"Go la kat Malaysia ni) dan perlu meneruskan perjalanan ke destinasi lain menggunakan bas, kita hanya akan dicaj 100won sahaja dari Transport Card tu kalau kita sambung perjalanan naik bas dalam masa 15 minit selepas turun subway. Ingat lupa je ni, harapnya fakta ni betul. Tapi ape yang saya cuba sampaikan ialah betapa kerajaan negara tersebut bersungguh menggalakkan rakyat mereka menggunakan public transport dengan memberikan berbagai2 keistimewaaan.

Seoul yang padat dengan 14 juta penduduk

Ada beberapa lagi kempen yang kerajaan Korea jalankan untuk kurangkan kesesakan. Maklumlah suku daripada keseluruhan populasi rakyat Korea ni tinggal di Seoul. Antara yang saya ingat ialah hari "merehatkan" kenderaan. Setiap kereta di Seoul di"assign"kan hari kereta tu "bercuti". Maknanya kereta tu takkan berada di atas jalan raya pada hari tersebut. Dan yang lebih menakjubkan ialah disiplin mereka patuh pada arahan tersebut. Kalau kat Malaysia kerajaan kita nak buat macam tu, minta maaf. Memang takkan jalan punye. 
Cuba compare line subway Seoul dengan KL

Apa-apa pon marilah kita sama-sama berdoa projeck MRT line extension yang in progress ni berjalan lancar dan cepat-cepat la siap. Saya la antara orang paling gembira bila projek tu dah siap sebab station Puchong Prima yang bakal dibina tu walking distance je dari rumah nanti. Isteri pon boleh la pergi keje naik MRT je nanti.


Thursday, January 26, 2012

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kg Baru

Since saya dah role off dari onsite project hampir sebulan yang lalu, rutin harian saya pon turut berubah. Oleh sebab keje sekarang ni offshore project, jadi saya ada masa untuk hantar isteri pegi keje setiap hari. Nun kat Sime Darby, Jalan Raja Laut sana. Pastu baru la saya beransur ke ofis saya plak kat TPM, Bukit Jalil. Perjalanan menempuh kesesakan jalan raya kat tengah2 KL tu memang memenatkan dan menjengkelkan. Tapi sayang bini punye pasal + nak bagi dia rehat skit (kalau dia drive + naik LRT = paling lewat keluar rumah mesti 7am), saya gagahkan juga kudrat 4 kerat ni.

Tempat isteri membantu mencari rezeki untuk keluarga

Since office hour saya mula pukul 11am, saya ada banyak masa lepas hantar isteri sebelum saya masuk office. Biasanya saya pergi layan Nasi Lemak Mak Wanjor kat Kg Baru tu dulu. Walaupon kedainya nampak simple je, tapi jangan anda tertipu dengan make-up luaran kedai tu yg tak semenggah mana. Rasa nasi lemak kat situ memang terbaik dari ladang!!!

Pilih je nak lauk ape pon, harga belakang kira

Segala lauk pauk yang biasa orang makan dgn nasi lemak memang ade dijual di sini. Pilih je nak ape. Macam saya ni jenis yg simple je. Kalau nasi lemak tu, lauk yang saya suka hanyalah dengan telur goreng saje. Maklumlah, selera orang kebanyakkan je. Nasi lemak + telor goreng = RM 2.70. Bungkus untuk isteri nasi lemak + sotong = RM4.20. Kat sini bayar dulu, baru makan.

Nasi lemak bungkus standard, sebelum ditambah lauk2 yg pelanggan nak

Lepas siap menjamu selera dengan sarapan yang maha berat tu, saya pon bertolak la untuk singgah ke office isteri "demi" menghantar nasi lemak kegemarannya. Tersengih sampai ke telinga dia tengok saya hantar nasi lemak feveret dia tu. Yang penting dia ade tenaga untuk buat keje lepas sarapan nanti. Tugas saya dah selesai, masa untuk merempit pegi ofis plak....


Wednesday, January 25, 2012

Ronda - Ronda Cuti Raya Cina

Arini dah mula keje semula selepas 4 hari bercuti Tahun Baru Cina. Tapi arini jalan raya masih lagi lengang. Rasanya ramai yang masih bercuti. Nak pegi jalan jauh2 tak dapat la pulak kali ni since isteri kene standby masa CNY tu nanti. Jadi saya ambik la keputusan buat short trip sehari sebelum CNY tu pada hari Sabtu bawa mereka makan angin.

Diringkaskan, trip kami Puchong => Port Klang => Kuala Selangor => Puchong. Saje pegi Tanjung Harapan kat Port Klang tu sebab dah beberapa pegi situ waktu malam. So tak nampak jelas pemandangannya. Bukan ape, nak bagi isteri tengok tempat tu. Saya personally pernah bekerja kat area situ, so dah agak biasa.
Tak cukup ruang Tanjung Harapan tu Lisa jelajahi

Takde ape yang menarik sangat pon. Layan je la replika kapal layar besar tu dan tiupan angin Selat Melaka. Puas jugak la anak saya Lisa tu menapak ke hulu ke hilir. Biasala budak.

"Ulat" yang Lisa suka sangat nak naik

Pastu kami terus shoot ke Bukit Malawati, Kuala Selangor. Ni purposely nak bagi Lisa naik "ulat" yang macam dia naik kat Genting Highland dan nak bagi dia jumpa monyet. Punye la ramai orang aritu, maklumlah cuti panjang. Tiket nak naik ulat ni hanya RM 3 utk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Berlatar belakangkan monyet Bukit Malawati

Kat Bukit Malawati ni tersangat la banyak monyet. Siap ade orang jual sayur dan buah-buahan lagi kat situ untuk diberikan kepada monyet2. Kami cuma tumpang tengok je diorang bagi makan. Lisa seronok sangat enjoy aksi monyet2 tu. Tak habis2 kuar dari mulutnye "monkey' dan "monyet". Kat puncak bukit tu ade gak muzium pasal sejarah kesultanan Selangor. Tapi kitorang tak ambik port sangat sebab dah pernah pergi masa "berdua" dulu.

Rumah Api Bukit Malawati

Kebetulan nak turun dari Bukit Malawati tu, saya terima call dari Mirah (adik perempuan saya). Katanya kakinye tergeliat kat tempat keje. Since kawan tempat keje dia hantar dia ke Hospital Serdang, kami pon bergegas la pulang untuk ambik dia kat hospital. On the way balik tu sempat la plak kami singgah kat Restoran Cendol, Sungai Buluh menikmati cendol dan rojak. Sayangnya tak teringat langsung untuk ambik gambar.  Insyaallah kali singgah saya kasi tepek gambar itu restoran kat sini. Ni restoran cendol kegemaran kami sekeluarga.




Pakai 3 Series Tahun 2012 Nie...

Bismillahirrahmanirrahim, pembuka kalam. Dah lama teringin nak menulis blog tapi selama ni masa dan komitemen menjadi penghalang. Since tahun ni saya bakal memasuki umur 30an, saya gagahkan diri mencari masa untuk mula menulis. Sekadar ingin berkongsi ape2 maklumat dan pengalaman menarik bersama dalam kehidupan seharian ni.





Since 2012 baru je muncul dan dalam masa yang sama saya baru je masuk 3 series, Alhamdulillah apa yg saya target utk capai sebelum umur saya masuk 30 tahun dah Allah perkenan dan kurniakan.

  • Berkahwin dan memiliki anak
  • Pekerjaan/Profession yang saya minati
  • Mencapai gaji bulanan yang saya target (maklumlah orang makan gaji)
  • Memiliki rumah sendiri (biar pon tak seberapa)

Syukur banyak2 atas ape yg telah Allah kurniakan. Semoga diberi kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga ni dan dipermudahkan segala urusan dlm bidang pekerjaan dan segala urusan seharian.




Semoga Allah kurniakan saya kekuatan, keazaman dan kesabaran untuk jadi ketua keluarga serta dalam membimbing isteri dan anak ke jalan yg diredhai. Amin...